PIAGAM PELANGGAN


VISI
Melahir dan membentuk pelajar yang seimbang dari segi emosi, jasmani,rohani dan intelek. Berupaya mengaplikasikan budaya positif dalam kehidupan seharian khususnya di tempat kerja tanpa mengira masa. Seterusnya mengamalkan budaya kerja yang pro-aktif bersesuaian dengan moto CEPAT,TEPAT,HEBAT.

MISI 

Membimbing dan mendidik pelajar daripada pelbagai lapisan melalui program-program yang menjurus kepada gerak kerja luar dan koakademik secara sistematik, terancang, strategik dan pragmatik. Menggalakkan penglibatan pelajar ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.

KONSEP 

Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

MATLAMAT KONSEP

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat yang hendak dicapai adalah seperti yang berikut:

·Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan   kepercayaan kepada Tuhan.
·Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid.
·Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid di dalam sekolah dan antara sekolah.
·Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi.
·Membina dan meningkatkan disiplin murid.
·Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
·Membina dan meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat.
·Mewujudkan sekolah berwatak.